Wanita maut lori langgar lori

Thursday, March 29, 2018

Wanita maut lori langgar lori

Wanita maut lori langgar lori

GOPENG - Seorang wanita maut apabila lori yang dipandu suaminya dipercayai mengalami masalah brek merempuh sebuah lori di KM305.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, mangsa, R Selwenendrin, 30, disahkan maut di lokasi kemalangan selepas tersepit pada bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama suaminya dan seorang kelindan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, lori tersebut yang dipandu mangsa di lorong kiri lebuh raya dipercayai mengalami masalah brek.

“Ia menyebabkan pemandu lori berusia 31 tahun itu gagal mengelak sebuah lori yang berada di hadapan sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kampar dekat sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada Sinar Harian.

Kong Soon berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki manakala kelindan lori hanya cedera ringan.

Katanya, kedua-dua lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dekat sini untuk menerima rawatan.

Menurutnya, pemandu sebuah lori yang dilanggar oleh kenderaan dinaiki mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment