Wanita maut dalam kemalangan
JELEBU - Seorang wanita maut apabila Proton Persona dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Klawang, Titi, di sini, sekitar jam 10.46 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazill Mohd Yunus berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu dikenali sebagai Noor Hasni Abllah.
Menurut beliau, kemalangan berkenaan turut melibatkan sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi.
âSeramai sembilan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.
âSetibanya di situ, kita dapati si mati dan seorang lagi individu tersepit dalam kereta Proton Persona yang dalam keadaan terbalik.
âKita ambil masa lebih kurang 15 minit untuk keluarkan kedua-duanya. Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan,â katanya.
Katanya, empat individu yang menaiki Myvi pula tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
âKita tiada maklumat keseluruhan mangsa sebab yang lain telah dibawa ke hospital ketika sampai di situ.
âKemalangan ini turut mengakibatkan kesesakan lebih kurang satu kilometer, sebab laluan jadi satu lorong,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment