BN akan hapuskan TOL jeti nelayan jika menang

Sunday, March 25, 2018

BN akan hapuskan TOL jeti nelayan jika menang

BN akan hapuskan TOL jeti nelayan jika menang

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) berjanji akan menghapuskan bayaran Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dikenakan kerajaan negeri ke atas jeti nelayan di Selangor jika ia diberi semula mandat mentadbir negeri itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata perkara itu dipandang serius selepas pihaknya menerima luahan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang terpaksa membayar caj itu.

"Bayangkan, setiap jeti di negeri ini dibina menggunakan bajet Kerajaan Persekutuan, tiba-tiba kerajaan negeri mahu mengenakan caj tidak munasabah ini.


Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar (tujuh dari kanan) bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (empat dari kiri) bergambar bersama penerima sumbangan sempena Majlis Perasmian Gelombang Nelayan Nasional (GNN) Peringkat Negeri Selangor 2018 dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Tunai Persatuan Nelayan Kecil (PNK) Kuala Selangor di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). - Foto Amirul Aiman Hamsuddin

"Disebabkan caj ini, jeti yang dalam proses pembinaan terpaksa diperlahankan dan LKIM perlu lihat ada atau tidak duit untuk bayar TOL ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Noh merasmikan program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) Peringkat Negeri Selangor 2018 dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Tunai Persatuan Nelayan Kecil (PNK) Kuala Selangor di Kompleks LKIM, di sini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim; Pengarah LKIM Negeri Selangor Zulkarnain Ashaari dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR), Ab Aziz Selamat.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, kerajaan negeri seharusnya bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membantu nasib golongan nelayan di negeri ini.


Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar (kanan) membunyikan hon sebagai tanda simbolik Majlis Perasmian Gelombang Nelayan Nasional (GNN) Peringkat Negeri Selangor 2018 dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Tunai Persatuan Nelayan Kecil (PNK) Kuala Selangor sambil disaksikan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (kiri) di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). - Foto Amirul Aiman Hamsuddin

"Kalau nak tolong, tolong betul-betul. Kita sudah sediakan jeti, tetapi mereka (kerajaan negeri) tetap kenakan caj TOL. Kalau tidak, macam mana nak membina keyakinan terhadap rakyat?

"Isu ini bukan sesuatu yang asing dalam kalangan kita. Mereka sepatutnya peka dengan nasib golongan ini dan bukannya menambah beban," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment