Tiada keperluan ambil tindakan terhadap Nik Abduh

Wednesday, March 28, 2018

Tiada keperluan ambil tindakan terhadap Nik Abduh

Tiada keperluan ambil tindakan terhadap Nik Abduh

KOTA BHARU â€" Pas menyarankan pihak yang menyebarkan rakaman audio didakwa melibatkan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan bukti bahawa ia adalah suara anak bekas Mursyidul Am parti Islam itu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan lanjut setelah Ahli Parlimen Pasir Mas itu sendiri membuat penafian berhubung perkara tersebut.

Malah tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi, individu yang bertindak menyebarkan rakaman tersebut perlu membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya. 

“Setahu saya Nik Abduh telah nafikan dan bagi Pas cukup dah dengan penafian itu. Kita kena ingat bukan rakaman suara Nik Mohamad Abduh sahaja, rakaman Mohamad Sabu pun ada dan rakaman-rakaman lain pun semua orang tahu.

“Jadi kita kena ambil kira semua. Bagi kita bila tuan empunya diri sudah nafikan itu sudah cukup,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Dasar Kanak-Kanak Fitrah Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan versi penuh rakaman suara dikaitkan Nik Mohamad Abduh yang dimuat naik dalam laman sosial, malam kelmarin.

Inti pati rakaman audio itu antara lain mendedahkan beberapa pemimpin Pas mengambil wang daripada Umno selain Nik Mohamad Abduh turut didakwa mempunyai hubungan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Selain itu, beberapa nama turut dipetik dalam rakaman tersebut termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan, Nasruddin Hassan dan menantu presiden parti berkenaan, Zaharuddin Muhammad.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment