PKNP bukti kemampuan bangkit ikat lawan

Wednesday, March 28, 2018

PKNP bukti kemampuan bangkit ikat lawan

PKNP bukti kemampuan bangkit ikat lawan

IPOH - PKNP FC membawa pulang satu mata berharga apabila berjaya mengikat Felda United 1-1  pada aksi di Stadium Mini Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, petang tadi.

Bagaimanapun, PKNP FC dikejutkan dengan jaringan pemain Felda United, Muhammad Haziq seawal minit ke-3.

Babak kedua menyaksikan PKNP FC mula menggandakan asakan untuk menembusi benteng pertahanan lawan dalam usaha menyamakan kedudukan.

Namun kesebelasan PKNP FC terpaksa menunggu hingga ke penghujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan, Muhammad Syafiq Izzudin Mustafa pada minit ke-88.

Keputusan perlawanan berkenaan seakan mengulangi skrip perlawanan terdahulu yang menyaksikan PKNP FC sekadar terikat 1-1 ketika berdepan Sabah di Padang PCRC, Ipoh, 25 Mac lalu.

Pada perlawanan berkenaan, PKNP FC turut ketinggalan hasil jaringan pelawat seawal minit ke-3 sebelum kelebihan berkenaan berjaya dipadamkan menerusi jaringan penyamaan tuan rumah pada minit ke-80.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment