Sukan Muafakat Johor galak masyarakat bersukan

Tuesday, March 20, 2018

Sukan Muafakat Johor galak masyarakat bersukan

Sukan Muafakat Johor galak masyarakat bersukan

KERAJAAN negeri meneruskan penganjuran Sukan Muafakat Johor (SMJ) 2018 kali keempat melibatkan 56 Dun dengan 1,600 atlet dan pegawai.

Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, penganjurannya dijangka akan diadakan pada Julai atau Ogos bertempat di Segamat.

รข€œSebanyak  56 Dun akan menyertai sukan ini yang mana peringkat Dun akan diadakan terlebih dahulu pada April depan.

"Tiga acara akan dipertandingkan di peringkat Dun iaitu sepak takraw, bola jaring dan futsal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat SMJ 2018 dan penyerahan cek Johor Future 3.0 2018 di Bilik Gerakan Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Zulkurnain berkata, tambahan dua lagi sukan akan dipertandingkan di peringkat SMJ 2018 iaitu bola keranjang dan kabaddi.

"Dua sukan berkenaan yang sinonim dengan masyarakat Cina dan India itu bertujuan menyatupadukan semua kaum di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sumbangan sebanyak RM7,500 kepada setiap Dun dengan peruntukkan keseluruhan RM420,000 untuk mengelolakan SMJ 2018 di peringkat Dun.

"Peruntukan tambahan sebanyak RM2,000 untuk setiap Dun membabitkan keseluruhan RM112,000 bagi persiapan SMJ 2018," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment