Bagi Ielias yang bersara dengan pangkat Pegawai Waran 1 itu, kemakmuran dan kemajmukan Malaysia yang dinikmati hari ini hasil pengorbanan anggota keselamatan dahulu perlu dipertahankan kerana ia adalah nikmat Allah kepada negara.
Sehubungan itu, katanya, pemimpin politik dalam keghairahan berkempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu mengelakkan âumpanâ politik yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum sekaligus meranapkan negara yang telah dibina sejak merdeka.
Katanya, ini termasuk mengelakkan âhasratâ peribadi sesuatu kelompok seperti impian menjayakan agenda âMalaysian Malaysiaâ yang ternyata hanya menimbulkan perpecahan kaum.
âTolaklah pihak-pihak yang cuba mencetus persengketaan kaum kerana kalau ia terjadi, maka sia-sia sahaja perjuangan anggota tentera dan polis dahulu yang berjuang mempertahankan keamanan.
âJangan sampai satu masa nanti, anak cucu kita mengutuk kita kerana mewariskan sebuah negara yang telah ranap kepada mereka,â katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini ketika perbahasan di sesi Dewan Rakyat, lantang menegaskan tetap berpegang teguh mahu mewujudkan sebuah negara berkonsepkan âMalaysian Malaysiaâ.
Penegasan itu menimbulkan tanda-tanya terhadap pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad memandangkan bekas Perdana Menteri itu pernah menolak DAP kerana prinsip berkenaan. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment