Skandal Tanah Ijok: Enam individu direman empat hari

Tuesday, March 20, 2018

Skandal Tanah Ijok: Enam individu direman empat hari


Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat keenam-enam suspek itu sehingga Sabtu ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 34 tahun dan 84 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang semalam.

Antara yang ditahan adalah bapa dan anak lelaki.

Penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion itu mencetuskan kontroversi dan menimbulkan persoalan pelbagai pihak termasuk peneroka.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

Beliau berkata, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

“SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara.

“Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment