Timbalan Perdana Menteri berkata, hak itu tidak boleh dinafikan kerana banyak sekolah menengah atau rendah telah berjaya mencatat prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan penting di negara ini.
Menurutnya, malah terdapat sekolah luar bandar mencatat prestasi yang jauh lebih cemerlang dari yang dicatatkan sekolah bandar dan pinggir bandar.
"Penyerahan bantuan komputer dan bahan bacaan kepada sekolah di Bagan Datuk hari ini merupakan satu penterjemahan bahawa pelajar dan murid luar bandar juga perlu dipercukupkan dengan segala kemudahan kerana memperlihatkan prestasi akademik di luar bandar kini adalah lebih baik.
"Sekolah-sekolah di Bagan Datuk ini sebagai contoh telah mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang luar biasa baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program pemberian sumbangan komputer dan bahan bacaan kepada 31 sekolah rendah dan menengah serta 17 tadika di Parlimen Bagan Datuk di Dewan Hajah Tuminah di Kampung Nipah Darat, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment