'Mereka saja tak mahu faham'

Sunday, March 18, 2018

'Mereka saja tak mahu faham'

'Mereka saja tak mahu faham'

IPOH: Walaupun isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah selesai, pembangkang masih menjajanya sebagai modal politik bagi meraih sokongan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata kerajaan melaksanakan pelbagai langkah terbaik dalam mentadbir dan membangunkan negara, selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, isu 1MDB terus kedengaran dan cenderung dipolitikkan serta dimanipulasi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Mereka (pembangkang) bukan tak faham, mereka tak mahu faham. Kita dapat lihat dengan adanya 1MDB, pelaburan asing meningkat, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, pendapatan negara juga meningkat.

"Apa yang ingin dijadikan cerita oleh pembangkang adalah 1MDB dan walaupun isu ini sudah diselesaikan, mereka masih menaikkan isu sama," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Negara Mengenai Isu Semasa di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Arul Kanda berkata, 1MDB mempunyai Lembaga Penasihat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kuasa beliau hanya memberi nasihat tetapi disebabkan kedudukannya itu, pembangkang menganggap beliau bertanggungjawab walaupun Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa eksekutif," katanya.

Katanya, isu saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa kononnya dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri turut menjadi modal pembangkang.

"Saman sivil oleh DOJ ini difailkan pada Julai 2016, sampai hari ini belum masuk mahkamah.

"(Bekas Peguam Negara Amerika Syarikat) Loretta Lynch dalam sidang media beriya-iya mengatakan ia mencurigakan dan satu bentuk penipuan tetapi sampai hari ini belum ke mahkamah," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment