Kawasan pencarian diperluas
MERSING - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kru bot nelayan kelas C yang jatuh laut Khamis lalu masih diteruskan dan kawasan pencarian diperluaskan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Mersing, Leftenan Komander Maritim Hilmi Abdullah berkata, keluasan sektor pencarian kini 171.71 kilometer persegi.
âSAR masuk hari yang keempat hari ini dan APMM masih belum menemui sebarang tanda.
âKeadaan cuaca pada operasi hari ini, laut bergelora dan angin bertiup sederhana,â katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Khamis lalu, seorang kru bot dari Indonesia, Muslimin Haruna, 23, terjatuh ketika menurunkan pukat kira-kira jam 9 pagi.
Mangsa dipercayai tersangkut pada tali atau papan tunda bot di perairan Pulau Tinggi.
APMM Pangkalan Mersing dengan kekuatan enam anggotanya bersama bot Penggalang 43 giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terlibat.
Operasi akan diteruskan sehingga menerima arahan lanjut daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor.
Dalam pada itu, Hilmi menasihatkan orang awam agar waspada dan peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
âKeadaan cuaca sekarang dengan angin kencang di kawasan laut khususnya kawasan Timur Johor dan Pahang adalah bahaya kepada bot-bot kecil.
âSetiap bot perlu pastikan memiliki jaket keselamatan setiap kali belayar.
Rancang dan maklumkan pemergian ke laut kepada keluarga,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment