SAR kru jatuh bot ditamatkan
MERSING - Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kru bot nelayan yang terjatuh Khamis lalu telah dihentikan jam 7 malam tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Mersing, Leftenan Komander Hilmi Abdullah berkata, selepas operasi dijalankan selama empat hari sejak tengah hari Khamis lalu, mangsa masih belum ditemui.
"SAR telah ditamatkan pada jam 7 malam ini. Mangsa belum dijumpai.
"Kebarangkalian untuk menemui mangsa hidup amatlah tipis," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya, SAR akan diaktifkan semula sekiranya ada petunjuk baharu mengenai mangsa.
Khamis lalu, kru bot nelayan kelas C, Muslimin Haruna, 23, berasal dari Indonesia hilang selepas jatuh ke laut dipercayai tersangkut pada tali atau papan tunda bot ketika menurunkan pukat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment