PPBM akui ambil masa selesai agihan kerusi

Sunday, March 18, 2018

PPBM akui ambil masa selesai agihan kerusi

PPBM akui ambil masa selesai agihan kerusi

SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui isu tidak puas hati dengan pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mengambil masa untuk diselesaikan.

Katanya, isu itu bukan sahaja berlaku pada PPBM, malah pada mana-mana parti sekali pun apabila kerusi yang diharapkan diberikan kepada parti komponen lain.

"Isu ini kadang-kadang boleh diselesaikan dengan cepat dan ada juga mengambil masa. Di mana-mana negeri pun berlaku dan ini bukanlah satu isu yang besar," katanya pada sidang media khas Pakatan Harapan (PH) di Senawang di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden PH, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Januari lalu, Konvensyen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan, menjadi kecoh apabila akar umbi PPBM tidak puas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk parti itu di negeri ini.

PPBM negeri mendakwa pengagihan kerusi pimpinan pusat itu, dibuat tanpa perbincangan dan pengetahuan peringkat negeri, selain hanya diberikan enam kerusi berbanding jangkaan mereka 10 kerusi.

Sementara itu, mengenai isu logo atau simbol yang akan digunakan pada PRU akan datang, Mat Sabu mengakui ada kalangan parti komponen yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Bagaimanapun katanya, isu yang belum selesai itu bukanlah masalah besar kerana PH tetap akan bertanding menggunakan logo yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment