Rumah hilang separuh
KLUANG - Sebuah keluarga di Kampung Sri Maju Jaya, dekat sini masih terkejut apabila sebahagian rumah musnah dilanda ribut, Selasa lalu.
Jamari Malikee,42, berkata, kejadian berlaku jam 5.30 petang ketika dia bersama isteri dan seorang anak berusia 10 tahun sedang berehat di rumah.
Katanya, pada mulanya dia hanya hujan biasa, tetapi tidak sangka berserta angin ribut sehingga menerbangkan bumbung kediamannya.
âKetika kejadian, saya baru pulang dari kerja dan mahu menikmati makanan, secara tiba-tiba bunyi sesuatu dan saya lihat atap rumah sudah terbang.
âRibut turut memusnahkan bahagian dapur rumah yang dibina dengan kayu papan. Kami sekeluarga memang kelam-kabut sehinggakan hasrat nak makan tu jadi terbantut disebabkan kejadian tersebut.
âSaya masih terbayang lagi kejadian yang berlaku dan masa tu angin sangat kuat berserta hujan dan petir,â katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Jamari berkata, akibat daripada kejadian tersebut, dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM10,000 untuk baik pulih dapur rumah serta barangan elektrik yang rosak.
Katanya, selepas kejadian, air hujan turut memasuki bahagian hadapan rumah dan menjejaskan barang elektrik seperti televisyen, periuk nasi dan lain lagi.
âKejadian yang berlaku ini merupakan pertama kali berlaku dalam hidup saya dan hanya rumah saya sahaja yang terkena.
âSementara menanti rumah untuk dibaik pulih, kami anak beranak tinggal menumpang di rumah adik-beradik dahulu,â katanya.
Bagaimanapun, musibah yang menimpa keluarga Jamari turut mendapat perhatian Adun Machap, Abd Taib Abu Bakar untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment