Pensyarah UniSZA meninggal dunia di Oman

Thursday, March 22, 2018

Pensyarah UniSZA meninggal dunia di Oman

Pensyarah UniSZA meninggal dunia di Oman

KUALA NERUS: Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Shahril Othman, meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Oman, jam 4 petang tadi (waktu Malaysia).

Beliau yang juga Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) UniSZA, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia, sebaik selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.

UniSZA dalam kenyataannya, berkata Allahyarham berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.

"Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Malaysia selepas segala urusan jenazah selesai. Seluruh warga UniSZA menzahirkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham," kata kenyataan itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment