RM200 juta untuk koperasi terlibat kedai harga patut

Tuesday, March 20, 2018

RM200 juta untuk koperasi terlibat kedai harga patut


Beliau berkata suntikan itu penting bagi memastikan koperasi yang terlibat itu mampu berada sealiran dengan matlamat utama kerajaan terutama dalam usaha membantu rakyat menangani isu kos sara hidup.

"Jadi mana-mana koperasi yang jual barang dengan harga patut dan diiktiraf koperasi terlibat Kedai Harga Patut boleh terima sebahagian daripada suntikan RM200 juta ini yang akan ditentukan menteri," katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2018 di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin; dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron serta lebih 30,000 anggota koperasi dari seluruh negara.

Kedai Harga Patut yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 2003 merupakan pengiktirafan kepada peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan diberikan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga berpatutan. - BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment