PRU14Wujud SLMA menjelang pilihan raya

Tuesday, March 20, 2018

PRU14Wujud SLMA menjelang pilihan raya


Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu, isu-isu serta blog-blog yang akan ‘menjatuhkan bom’ SLMA berkenaan.

“Ini bukan satu amaran. Tindakan pasti akan sampai kalau ada mana-mana individu atau ogranisasi yang cuba melancarkan SLMA ini.

“Pada pilihan raya umum lalu, kononnya ada 40,000 warga Bangladesh dibawa untuk menjadi pengundi-pengundi hantu yang jelas tiada satu jumbo jet yang turun di lapangan terbang, tiada pengundi hantu pun dari Bangladesh mengundi.

“Tapi ini telah jadi SLMA yang hampir-hampir dipercayai oleh semua,” katanya ketika berucap merasmikan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau juga mengarahkan pihak polis untuk bertindak agar SMLA seumpama itu tidak berlaku.

“Kalau ada yang lakukan, tindakan harus diambil dalam tempoh 24 jam kepada individu berkenaan. Jangan lakukan kelewatan dari segi tindakan,” katanya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment