Kecewa Bersatu lebih utamakan DAP

Tuesday, March 20, 2018

Kecewa Bersatu lebih utamakan DAP

Kecewa Bersatu lebih utamakan DAP

KOTA BHARU - 34 pemimpin dan ahli Bersatu Kota Bharu mengumumkan bertindak keluar parti dan menyertai Pas.

Tindakan tersebut diketuai Naib Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, Mohd Nor Hasyim Che Min, Ketua Armada, Nik Mohd Adhwa Nik Haris dan Ketua Serikandi, Normala Abdul Kadir.

Majlis ringkas itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 yang turut dihadiri Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam kenyataannya, Nor Hasyim berkata, antara sebab tindakan itu dilakukan kerana hilang keyakinan kepada parti yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, Tan Sri Abdul Rasyid Abd Rahman.

Beliau dalam masa yang sama turut kecewa dengan sikap Tun Dr Mahathir  yang mengutamakan DAP dalam setiap tindakan dan keputusan parti.

"Sementara itu di Kelantan pula, kami amat kecewa dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan yang kelihatan amat sibuk berebut kerusi dan hanya memusatkan segala perhatian untuk bertanding di kerusi berbanding berkhidmat untuk rakyat,"katanya.

Nor Hasyim berkata secara asasnya walaupun Harapan  tidak memiliki kekuatan diperingkat akar umbi dan dalam struktur  masyarakat tetapi nafsu besar mahu bertanding di semua kerusi.

"Amanah sebagai contoh kelihatan ingin membolot segala kerusi yang ada di Kelantan walaupun kekuatan mereka entah kemana,"katanya.

Beliau yakin lebih ramai ahli parti itu akan mengambil tindakan keluar parti dan bakal melumpuhkan Bersatu Kota Bharu.

Dalam pada itu Takiyuddin mengalu-alukan penyertaan ahli Bersatu itu sekaligus bakal memberi kekuatan tambahan kepada Pas Kota Bharu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment