Timbalan Perdana Menteri berkata demikian secara spontan selepas dimaklumkan bahawa lokasi terakhir serta penutupan Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018 akan diadakan di Miri, Sarawak pada 2 Mei depan.
“Masa itu mungkin sudah lambat dah. Kalau boleh mintaklah cepat sikit, takut ‘over taken by event,” katanya ringkas ketika berucap merasmikan JPB 2018 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (Sabda) di sini hari ini.
Sebelum ini Ahmad Zahid juga pernah memberi bayangan mengenai tarikh PRU-14 akan diadakan.
Pada November lalu, Ahmad Zahid memberi bayangan PRU-14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang lalu.
Beliau sekali lagi memberi bayangan ketika menghadiri Program Mahabbah Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Teluk Intan Februari lalu bahawa PRU-14 sebelum Hari Raya Aidilfitri. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment