12 kru kapal Myanmar ditahan

Friday, March 23, 2018

12 kru kapal Myanmar ditahan

12 kru kapal Myanmar ditahan

GEORGETOWN - Seramai 12 kru kapal warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, petang semalam.

Mereka ditahan bersama sebuah kapal 'barter trade', MV Sein Yilin selepas didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Operasinya, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, kapal yang membawa 12 kru warga asing itu ditahan kira-kira satu batu nautika Barat Laut Tanjung Huma, pada jam 4.40 petang.

"Kapal itu dikesan melalukan kesalahan itu ketika kapal peronda Maritim sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang.

"Selepas ditahan, pemeriksaan mendapati ada 12 warga Myanmar berumur lingkungan 21 hingga 62 tahun dalam kapal tersebut," katanya ketika dihubungi tadi

Tambahnya, kapal itu disyaki bersauh tanpa mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia.

"Kesemua mereka akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,รข€ katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment