Proses pam udara apungkan kapal bermula

Wednesday, March 21, 2018

Proses pam udara apungkan kapal bermula

Proses pam udara apungkan kapal bermula

MUAR: Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kapal KD Mahameru kini dalam proses mengepam udara bagi mengapungkan kapal korek yang terbalik untuk mengesan 14 kru yang hilang selepas kapal korek pasir terbalik kira-kira 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa, di Muar, Johor pagi semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah, berkata usaha sedang dilakukan pasukan TLDM untuk mengepam masuk udara bagi membolehkan kapal korek yang terbalik itu diapungkan.

Zulkurnain yang juga Komander Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Pantai Leka, berkata operasi berkenaan dibantu enam anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selain enam penyelam profesional.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment