Isu masjid berhutang perlu ditangani segera
SHAH ALAM â" Isu pengurusan masjid berhutang dengan kontraktor perlu ditangani segera oleh pihak-pihak berwajib khususnya masyarakat Islam setempat.
Pendakwah terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, sekiranya pihak pengurusan masjid di sesebuah kawasan berdepan dengan masalah hutang, penduduk Islam setempat perlu memainkan peranan dan berusaha bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
âAntara langkah yang boleh diambil adalah dengan berjumpa pihak bertanggungjawab atau pun meminta bantuan daripada dermawan-dermawan yang ada bagi membantu pihak pengurusan masjid menyelesaikan permasalahan ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Masjid siap tapi masih berhutang]
âMalah di dalam hadis Kursi ada mengatakan mengenai perkara ini dengan membawa maksud sekiranya kita mahu menghindari daripada musibah maka rumah ALLAH perlu dimakmurkan. Dan cara untuk memakmurkan rumah ALLAH adalah dengan tidak memberi bebanan kepada orang lain,â katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, beliau berkata, pihak pengurusan masjid yang dilantik juga perlu memastikan dana mereka mencukupi sebelum membuat sebarang penambahbaikan mahu pun pembinaan baharu bagi menggelakkan sebarang masalah di masa hadapan.
Wan Akashah berkata, sekiranya pihak masjid tidak melunaskan hutang dengan kontraktor, ia pastinya akan memberikan imej buruk terhadap agama Islam itu sendiri berikutan daripada kelemahan pengurusan rumah ALLAH.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tak ikut prosedur jadi punca]
âSepatutnya, rumah ALLAH ini perlu diutamakan seperti yang disebut oleh Imam Al Ghazali yang mengatakan bahawa antara tanda orang bersyukur adalah dengan memastikan rumah ALLAH itu lebih besar dari rumah kita.
âSebab itu kalau sesebuah kawasan itu masjidnya tak indah dan tak cantik, maka ia menunjukkan bahawa masyarakat di situ kurang bersyukur dan antara tanda orang bersyukur adalah hak ALLAH didahulukan dari hak kita,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment