Tanam cili biaya pendidikan asnaf
PORT DICKSON - Siapa sangka dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian berbentuk tanaman cili secara fertigasi hasil keuntungannya boleh disalurkan kepada program amal bagi pembangunan pendidikan golongan asnaf.
Presiden kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd Amin berkata, projek amal yang dinamakan âTree for Future 2018â itu digerakkan untuk mencari dana bagi membantu pelajar yang datang dari keluarga asnaf.
Menurutnya, orang ramai boleh menyumbang sekurang-kurangnya RM10 dan mereka sudah layak menjadi sebahagian daripada program Tree for Future 2018.
âDan jika pokok berkenaan rosak atau mati, pengurusan akan menggantikannya dengan pokok cili yang baru dan tanpa perlu tambahan sumbangan lagi dan ini akan berterusan.
âManfaat lain, individu yang membuat sumbangan ini layak mendapat potongan cukai pendapatan,â katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Projek Tree For Future oleh pakar motivasi, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad yang juga ikon bagi projek tersebut di Dewan Zaâba di kolej itu, baru-baru ini.
Jamal berkata, aktiviti pertanian ini melibatkan penanaman pokok cili secara fertigasi yang hasil jualannya akan disumbangkan untuk membiayai pelajar daripada keluarga asnaf mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti.
âMelalui program Tree for Future 2018 ini, setiap kali penuaian, sebatang pokok mampu menghasilkan pulangan antara RM80 hingga RM100.
âHasil jualan cili pula, sebanyak 30 peratus akan digunakan untuk membiayai kos operasi termasuk membayar gaji pekerja, manakala 70 peratus selebihnya disalurkan kepada Yayasan Uniti seterusnya merangka program ataupun bantuan kepada pelajar asnaf,â katanya.
Jamal memberitahu, melalui program Tree for Future 2018 ini, setiap kali penuaian, setiap pokok akan menghasilkan pulangan antara RM80 hingga RM100.
âHasil daripada jualan cili pula, sebanyak 30 peratus akan digunakan untuk membiayai kos operasi termasuk membayar gaji pekerja manakala 70 peratus selebihnya disalurkan kepada Yayasan Uniti bagi program 1K1G,â katanya.
Jamal menambah, sekarang ini 2,500 pokok cili ditanam secara fertigasi oleh 200 pelajar Kolej Uniti di sini, dan pihaknya bercadang menambah sebanyak 4,000 pokok lagi hasil sumbangan orang ramai yang menderma RM10.
Orang ramai yang ingin menyumbang bagi projek tersebut boleh menghubungi penyelaras projek Salina Mohd Haris di talian 019 641 0556 atau 06-6610522 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment