Pembangunan menjanjikan ketenangan fikiran

Friday, March 23, 2018

Pembangunan menjanjikan ketenangan fikiran

Pembangunan menjanjikan ketenangan fikiran

Zenopy Residences janjikan ketenangan fikiran

PEMAJU perbandaran yang banyak memenangi anugerah, LBS Bina Group Berhad (LBS) telah memperkenalkan pembangunan terbaharunya, Zenopy Residences di Seri Kembangan, Selangor.

Zenopy Residences ialah pembangunan bercampur setinggi 32 tingkat, mengandungi pangsapuri perkhidmatan dan unit-unit peruncitan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM312 juta.

Pengarah Urusan LBS Group, Tan Sri Lim Hock San berkata, Zenopy Residences ialah nama yang terbit daripada perkataan ‘Zen’ dan ‘Canopy’.

Katanya, ‘Zen’ merujuk kepada kesejahteraan minda dan tubuh, manakala ‘Canopy’ ditakrifkan sebagai perlindungan.

"Ini menggambarkan sebuah kediaman yang ideal dan tepat sekali. Zenopy Residences menggabungkan ciri-ciri tambah nilai, dengan kesaling hubungan dan mampu dimiliki," katanya pada majlis pelancaran Zenopy Residences baru-baru ini.

Jelas beliau, Zenopy Residences terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8748 hektar (4.687 ekar), menampilkan tingkat-tingkat berketumpatan rendah dengan tidak lebih daripada 17 buah unit pada setiap tingkat dan dilengkapi enam lif.

"Zenopy Residences menempatkan 398 buah unit kediaman perkhidmatan, dilengkapi 51 unit kedai komersial dan 23 unit kedai mampu milik.

"Pembeli kediaman kini lebih arif dan menghargai pembangunan yang mampu menawarkan nilai tambah dengan mengambil kira trend ini, LBS mencipta Zenopy Residences sebagai pelaburan untuk ketenangan minda," katanya.

Dijual pada harga mampu milik dari RM413,000, kediaman perkhidmatan ini menampilkan reka bentuk susun atur unik dengan kawasan binaan antara 823 kaki persegi hingga 2,031 kaki persegi.

Fasiliti utama termasuk sebuah trek joging 360m, sudut gim, gelanggang tenis dan badminton untuk mereka yang gemarkan gaya hidup aktif turut disediakan, katanya.

Zenopy Residences terletak 5 kilometer (km) dari pusat beli-belah, kedai-kedai runcit dan pasar raya besar, 4km dari institusi pendidikan berprestij seperti Sekolah Antarabangsa Alice Smith dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta hampir dengan Taman Rekreasi Puncak Jalil dan zoo haiwan jinak Farm in the City.

Untuk maklumat lanjut boleh lawati http://www.lbs.com.my.


 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment