PDRM tambah anggota UTK, Komando Vat 69

Sunday, March 25, 2018

PDRM tambah anggota UTK, Komando Vat 69

PDRM tambah anggota UTK, Komando Vat 69

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah keanggotaan dan memperbesarkan lagi Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 bagi memerangi jenayah serta ancaman di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata perkara itu sudah mendapat kelulusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kertas dasar penambahan anggota UTK dan VAT 69 sudah dihantar kepada agensi pusat dan sedang berada dalam pertimbangan Ketua Setiausaha Negara untuk permohonan.

"Buat masa ini, UTK dan VAT 69 mempunyai keanggotaan lebih 400 orang dan penambahan itu akan dibuat dua hingga tiga tahun lagi.

"Kita mengharapkan penambahan satu kali ganda bagi anggota UTK dan VAT 69 dalam tempoh ditetapkan," katanya pada sidang media selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya dalam usaha mengembangkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) itu di Sabah dan Sarawak dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan perkara ini turut mendapat persetujuan kerajaan.

Sementara itu, PDRM terpaksa menyewa kenderaan canggih seperti utiliti sukan (SUV) bagi meningkatkan lagi keselamatan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

"Buat masa ini, 90 peratus kenderaan dimiliki PDRM berusia lebih 10 tahun dan perlu diganti dengan kenderaan baharu bagi menyaingi penjenayah.

"Kerajaan sudah ambil maklum masalah ini dan saya berharap penggantian kenderaan akan dilakukan secepat mungkin," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment