Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, situasi itu boleh dirasakan di seluruh negara terutama di Johor berikutan pertambahan bilangan kuota calon wanita yang bakal dipilih mewakili BN bertanding dalam PRU-14.
Beliau percaya dengan pertambahan tersebut akan meningkatkan semangat jentera wanita BN untuk bekerja keras membantu BN Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled mencapai kemenangan besar pada kali ini.
"Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Mohamed Khaled kerana bersedia memenuhi permintaan wanita tanpa membuat permintaan yang 'teruk sangat'," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Jentera Wanita BN Peringkat Negeri Johor dan Pembentangan Kad Laporan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Parit Raja di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment