Najib berkata, beliau amat kesal dengan tuduhan melulu berkenaan yang dilihat sebagai cubaan untuk melahirkan persepsi negatif terhadap PDRM.
“Saya kesal dengan tuduhan melulu yang dibuat untuk lahirkan persepsi serong terhadap PDRM apabila ada yang menuduh polis sebagai pak turut kerajaan, makan gaji buta dan kadar jenayah meningkat.
“Ini semua tuduhan yang tidak berasas kepada pihak polis malah ada bekas pemimpin berusia 93 tahun mendakwa pihak polis pula bersalah kerana mendorong beliau pecat Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam ucapan sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-211 di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment