Lima wartawan dapat penghargaan
ALOR SETAR - Lima ahli Kelab Media Elit Kedah (Kmek) menerima surat penghargaan sempena Sambutan Hari Polis Ke-211 peringkat Kedah yang diadakan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Mereka ialah M Gokina Morganan mewakili Sinar Harian Edisi Utara, Mohd Rafie Azmin mewakili Utusan Malaysia, Nurul Huda Ahmad Lutfi mewakili Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Chin Bee Quen mewakili Sin Chew Daily dan Mohd Abdul Hadi Abd Kadir (RTM).
Mereka menerima surat penghargaan bersama 40 orang awam terdiri daripada pesara polis, kadet polis dan âFriends of Policeâ yang disampaikan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim, berdasarkan penglibatan mereka menjayakan beberapa aktiviti pasukan keselamatan itu dan membantu membanteras jenayah.
Tanda penghormatan dan terima kasih itu dianugerahkan bagi meneruskan kolaborasi polis Kedah untuk meningkatkan lagi imej serta persepsi masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan polis.
Sebelum itu, dalam amanat disampaikan oleh Zainal Abidin, beliau menyeru seluruh warga kerjanya untuk sama-sama tekad serta lafaz ikrar taat setia untuk terus memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.
âKekalkanlah kerjasama yang erat serta kesepakatan antara polis dan masyarakat seiring dengan tema polis dan masyarakat berpisah tiada.
âSaya berharap semua warga PDRM Kedah mempunyai kebanggaan terhadap pakaian seragam, lambang dan kerjaya penegak undang-undang.
âSemoga kebanggaan ini menjadi pendorong kepada kita (polis) untuk sentiasa berdampingan dengan masyarakat dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment