Masjid: Penantian penduduk bakal berakhir
LABUAN - Penantian penduduk Kampung Sungai Miri untuk melihat Surau Al-Hijrah di kawasan itu dinaik taraf sebagai masjid bakal menjadi kenyataan, apabila perkara itu akan dipanjangkan ke peringkat atasan.
Perkara itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican untuk membawa perkara tersebut kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Imam Surau Al-Hijrah, Samsudin Nasir berkata, surau tersebut sebelum ini telah diwakafkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan pada 1996.
âSurau ini memang mendapat tauliah untuk solat Jumaat. Setakat ini, surau ini boleh menampung hampir 1,000 jemaah pada satu-satu masa dan penduduk tetap kampung ini melebihi 1,000 orang,â katanya.
Mengulas lanjut katanya, Mustapha ketika dalam rangka lawatan meninjau tapak baharu Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Badr, Kampung Lubok Temiang memberitahu, kebenaran menaik taraf surau kepada masjid berada di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurutnya, beberapa peraturan perlu dipenuhi mengikut kaedah pengurusan masjid.
Selain itu katanya, Mustapha juga akan membantu memanjangkan hasrat penduduk kampung memiliki van jenazah kepada menteri berkenaan.
Dalam pada itu, Samsudin berkata, Mustapha turut memuji langkah dilakukan jemaah Surau Al-Hijrah yang sentiasa menghidupkan pelbagai majlis dan aktiviti keagamaan bagi manfaat penduduk termasuk program untuk disertai golongan belia.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment