APMM temui petunjuk baharu kesan tekong, awak-awak dikhuatiri lemas
ALOR SETAR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui petunjuk baharu dalam usaha mengesan seorang tekong bersama dua awak-awak yang dikhuatiri lemas di sekitar Pulau Payar, dekat Langkawi.
Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata pasukan SAR menemukan pakaian, bungkusan makanan dan jaket keselamatan yang terapung di sekitar pulau itu.
"Ia merupakan petunjuk baharu selepas penemuan tompokan minyak oleh nelayan kira-kira dua batu nautika dari Pulau Payar sebelum itu. Sehingga operasi SAR dihentikan pada 7 malam, tiada apa-apa ditemukan dan operasi akan disambung semula pagi esok," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
APMM menerima laporan tentang kejadian itu pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot selepas bot berkenaan tidak kembali ke pangkalan Kuala Kedah pada 12 Mac seperti dijadualkan.
Beliau berkata seramai lapan anggota penyelam dari APMM ditugaskan dalam operasi itu menggunakan Remotely Operated Vehicles (ROV) di lokasi tompokan minyak ditemukan.
-- BERNAMA
sumber: astroawani

Sebelum ini, media melaporkan tekong Harif Fadelah Zainol, 58, dan awak-awak Abd Ghani Jusoh, 56, dan Mohd Azrul Mohd Hassan, 24, dikhuatiri lemas selepas bot pukat tunda mereka dipercayai karam di perairan pulau itu.
APMM menerima laporan tentang kejadian itu pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot selepas bot berkenaan tidak kembali ke pangkalan Kuala Kedah pada 12 Mac seperti dijadualkan.
Beliau berkata seramai lapan anggota penyelam dari APMM ditugaskan dalam operasi itu menggunakan Remotely Operated Vehicles (ROV) di lokasi tompokan minyak ditemukan.
-- BERNAMA
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment