Bertanding sendirian bawa padah: Penganalisis

Sunday, March 18, 2018

Bertanding sendirian bawa padah: Penganalisis

Bertanding sendirian bawa padah: Penganalisis

SHAH ALAM - Pendirian Pas untuk bersendirian menghadapi PRU14 bukan hanya merugikan Pakatan Harapan, malah dijangka membawa padah kepada parti Islam itu sendiri.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan itu akan mewujudkan pertembungan tiga penjuru pada PRU14, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.

“Selepas ini, parti komponen Harapan yang selama ini beri sokongan kepada Pas dari segi jentera akar umbi tidak lagi berbuat demikian.

“Secara tidak langsung, ia juga akan menjejaskan jumlah undi yang bakal dimenangi Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Pas seharusnya sedar dengan kedudukan parti itu dan satu keputusan yang tepat perlu diambil bagi memastikan keinginan menjatuhkan BN tercapai.

“Pas harus ambil satu keputusan tepat dan bijak serta drastik kerana masa masih ada untuk mereka buat keputusan yang berlainan dengan pendirian mereka sekarang, kecuali mereka mahu lihat BN menang.

“Parti itu tidak seharusnya bersikap ego dengan memikirkan kemenangannya pada 2013 itu adalah semata-mata kerana kekuatan parti itu sendiri, sebaliknya mereka perlu sedar kemenangan itu disebabkan hubungan kuat parti komponen Pakatan Rakyat ketika itu,” katanya.

Menurutnya, jika Pas masih berpendirian tegas dengan keputusannya sekarang, parti itu dijangka tidak berupaya mencapai kemenangan pada PRU14.

“Saya fikir Pas tidak akan mencapai kemenangan kerusi lebih banyak, malah kemungkinan jumlah kerusi yang akan dimenangi akan berkurangan walaupun mereka menetapkan sasaran jumlah lebih tinggi berbanding PRU lalu.

“Pas perlu menilai sendiri keupayaan mereka dan meletakkan kepentingan pembangkang secara keseluruhannya kecuali jika Pas mempunyai agenda yang tersendiri,” katanya.

#prusinar #aparakyatmahu



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment