Lelaki ditahan pandu kereta curi

Tuesday, March 20, 2018

Lelaki ditahan pandu kereta curi

Lelaki ditahan pandu kereta curi

JOHOR BAHRU - Dua lelaki ditahan kerana memandu kereta curi dalam kejadian kejar mengejar petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, tindak tanduk suspek mula dikesan apabila mereka berlegar-legar di kawasan Taman Unku Tun Aminah dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, berlaku kejar-mengejar antara polis dan suspek selepas kedua-dua mereka terus melarikan diri ketika diminta anggota polis untuk diperiksa.

“Kenderaan suspek kemudiannya diekori Unit Kereta Peronda (MPV) yang mana turut dibantu MPV Kulai hingga ke kawasan hutan di KM 10.7 berhampiran Kulai.

“Polis kemudiannya berjaya menahan kereta suspek lalu memberkasnya selepas berlaku sedikit pergelutan,” katanya kepada Sinar Harian.

Eng Lai berkata, polis turut menemui beberapa peralatan dipercayai untuk mencuri kenderaan dalam kereta dinaiki suspek seperti pemotong besi dan kunci.

“Hasil pemeriksaan terhadap nombor casis dan enjin kereta terbabit merujuk kepada sebuah kenderaan yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, baru-baru ini.

“Semakan rekod lampau juga mendapati kedua-dua suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan curi kenderaan,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment