Kelab Ragbi Eagles tubuh akademi di Sandakan

Thursday, March 15, 2018

Kelab Ragbi Eagles tubuh akademi di Sandakan

Kelab Ragbi Eagles tubuh akademi di Sandakan

KELAB Ragbi Eagles yang berpangkalan di sini, menjadi kelab pertama di negara ini mewujudkan Akademi Sir Gordon Tietjens bersempena  nama bekas legenda jurulatih pasukan New Zealand All Blacks.

Majlis pelancaran akademi itu disempurnakan Presiden Kelab Ragbi Eagles yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Vela Tan dan turut dihadiri Gordon di bangunan dan padang ragbi kelab berkenaan di Bandar IJM Utama dekat sini, hari ini.

Berucap pada majlis itu, Vela berkata akademi itu bukan sahaja membantu meningkatkan tahap dan populariti ragbi di negeri ini, malah di Asia.

Katanya akademi itu akan  memenuhi keperluan untuk pembangunan dan pengetahuan mengenai ragbi dalam kalangan jururulatih, pegawai dan mereka yang terlibat dalam sukan berkenaan.

Beliau berkata kursus dan latihan di akademi itu akan memfokuskan teknik terkini, teori dan kaedah latihan meliputi banyak aspek pembangunan sukan ragbi yang dilaksanakan dalam kelas ataupun di padang ragbi.

Beliau berkata akademi itu sudah memulakan klinik latihannya bermula semalam sehingga esok, melibatkan 25 peserta.

Vela berkata dua bekas kapten pasukan New Zealand All Blacks Edwin Cooker dan Rocky Khan serta bekas pemain wanita pasukan berkenaan, Crystal Kaua, membantu melaksanakan klinik kejurulatihan di akademi berkenaan.

Bersempena pelancaran akademi tersebut, turut diadakan pembukaan rasmi Ă¢€˜High-Performance Warehouse Fitness CenterĂ¢€™ di Kompleks Arena Sukan Eagles. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment