Bukit Berekeh terbakar

Thursday, March 15, 2018

Bukit Berekeh terbakar

Bukit Berekeh terbakar

SUNGAI SIPUT (U) - Pendaki yang merancang untuk mendaki Bukit Berekeh, di sini, dinasihatkan menangguhkan perancangan mereka buat sementara waktu.

Ia ekoran beberapa kawasan di bukit itu terbakar dan operasi memadamkan api sedang giat dijalankan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Siput.

Ketua Operasinya, Jeffry Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes kebakaran itu pada jam 5.31 petang semalam.

“Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Setibanya anggota di sana, kami mendapati kebakaran tidak berlaku di satu tempat sebaliknya di beberapa kawasan tertentu.

“Anggaran keluasan bukit yang terbakar seluas tiga ekar. Operasi pemadaman sedang giat dijalankan. Anggota menghadapi sedikit kesukaran kerana antara kawasan terbakar adalah di puncak bukit.

“Jentera tidak boleh melalui kawasan itu jadi anggota perlu mendaki bukit dengan membawa perkakasan untuk memadamkan api,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Sungai Siput, Muhammad Hasrul Hashim menasihatkan pendaki tidak pergi ke Bukit Berekeh dalam masa terdekat. Menurutnya, kebakaran yang berlaku melibatkan kawasan tumpuan pendaki malah ia merupakan antara trek utama untuk ke puncak bukit.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment