AUM tidak diagihkan, bentang usul penting?

Wednesday, March 21, 2018

AUM tidak diagihkan, bentang usul penting?

AUM tidak diagihkan, bentang usul penting?

KUALA LUMPUR: Usul persempadanan semula, membabitkan 222 kawasan Parlimen yang tertangguh sejak dua tahun lalu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber berkata, pembentangan kertas perintah itu diperkuatkan lagi apabila dokumen Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang sepatutnya diedarkan di semua bilik pegawai seawal jam 6 pagi terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

"Selalunya AUM diedarkan awal, tetapi pagi ini, dimaklumkan ia hanya akan diagihkan selepas jam 10 pagi, sebaik Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

"Lazimnya, penangguhan edaran AUM hanya berlaku apabila wujud perubahan yang perlu dilakukan di saat akhir.

"Apabila tanya kakitangan yang menguruskan AUM sama ada kelewatan ia diedarkan berpunca daripada usul persempadanan semula, mereka hanya kata berkemungkinan besar," katanya kepada wartawan NSTP, di Parlimen, sebentar tadi.

AUM yang mengandungi soalan MQT dan Soal Jawab Lisan antara lain turut memaparkan senarai usul untuk dibentang serta dibahaskan di Dewan Rakyat.

Setakat jam 9.15 pagi tadi, AUM yang lazimnya disediakan di sudut kiri pintu masuk bilik media masih tidak diperuntukkan untuk rujukan pemberita.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment