Enam kru asing ditahan
MERSING - Seramai enam kru asing bot nelayan kelas B dan kelas C ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pangkalan Mersing, minggu lalu.
Pengarahnya, Leftenan Komander Maritim Hilmi Abdullah berkata, kesemua kru asing dalam bot itu ditahan kerana tidak memiliki pas kebenaran bekerja.
âLebih kurang jam 3.10 petang, sebuah bot nelayan kelas B ditahan di Pulau Layak kerana disyaki melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 di bawah Seksyen 8(b).
âTiga awak-awak didapati bekerja di atas bot tanpa kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan,â katanya kepada Sinar Harian.
Pada hari sama, sebuah bot nelayan kelas C pula ditahan atas kesalahan sama.
âKami tahan bot nelayan kelas C di perairan Penyabong kira-kira jam 6.30 petang yang disyaki melanggar syarat sah lesen akta perikanan 1985 di bawah seksyen 8(b).
âTiga awak-awak ini juga didapati bekerja di atas bot tanpa kelulusan bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan,â katanya.
Siasatan lanjut dijalankan ke atas kedua-dua bot terlibat.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Maritim Pangkalan Mersing menahan dua bot kelas C di perairan Endau yang melanggar syarat sah lesen vesel.
Kedua-dua kes itu telah selesai selepas Mahkamah Sesyen Kota Tinggi mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap kru yang terlibat.
Beliau sempat memberi amaran kepada nelayan-nelayan degil dan ditangkap melakukan kesalahan sama di mana bakal berdepan hukuman lebih berat.
âSeandainya kesalahan berulang dilakukan bot sama, hukuman sita dan lucut hak boleh dikenakan ke atas bot itu.
âHukuman lebih keras termasuk hukuman penjara juga boleh dikenakan terhadap pemilik dan pengusaha bot nelayan tempatan terbabit,â katanya.
Katanya, pemilik atau pengusaha boleh disabitkan di bawah Akta Imigresen kerana membenarkan warga asing bekerja tanpa permit di premis atau menyimpan warga asing di premis (bot).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment