Columbia Asia terima AS$210

Friday, March 23, 2018

Columbia Asia terima AS$210

Columbia Asia terima AS$210

COLUMBIA Asia Group, salah sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang terbesar dan paling pantas berkembang di Asia telah menerima pelaburan ekuiti tambahan sebanyak AS$210 juta (AS$1 = RM3.9080).

Dalam satu kenyataan, Columbia Asia Group berkata, sebahagian besar pelaburan berkenaan diperoleh daripada pemegang-pemegang saham sedia ada.

"Dana terbaharu ini akan digunakan untuk membina hospital-hospital baharu dan meningkatkan tahap penjagaan pakar di kemudahan-kemudahan sedia ada," katanya.

Columbia Asia dimiliki International Columbia US, LLC (ICU) adalah sebahagian daripada Columbia Pacific Management, berpusat di Seattle, memiliki 29 hospital dan dua klinik di serata Malaysia, Indonesia, Vietnam, Indonesia juga Kenya.

Keseluruhan hospital dan klinik yang dimiliki dibina dengan model perniagaan inovatif dengan menumpukan perkhidmatan untuk golongan kelas pertengahan yang sedang pantas berkembang.

"Kemudahan-kemudahan Columbia Asia dengan pelbagai perkhidmatan khusus menyediakan kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan moden yang cekap dan bernilai tinggi," katanya.

Daripada USD210 juta dalam pelaburan terbaharu itu, Mitsui&Co. Ltd yang berpusat di Tokyo, sebuah pelabur penjagaan kesihatan yang besar di Asia telah menyumbang USD140 juta.

"Mitsui yang merupakan pemegang ekuiti sedia ada dalam Columbia Asia telah melabur USD101 juta pada 2016 ke dalam syarikat untuk membantu perkembangan kumpulan di seluruh Asia," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment