Cuti sekolah nak dekat dah. Mesti ramai ibu bapa yang tengah merancang ke mana nak bawa anak-anak pada cuti sekolah nanti. Tak payah pening kepala, bawa je anak-anak ke MAPS Perak.

Rugi kalau anda tak bawa anak-anak ke MAPS Perak cuti sekolah kali ini sebab banyak aktiviti menarik disana disediakan.

Paling best, bersempena dengan cuti sekolah ini, MAPS mengadakan promosi harga tiket serendah RM60 setiap seorang. Masa ni la nak bergembira dengan ahli keluarga. So mesti korang nak tahu apa yang best dekat sana? Jom tengok apa yang best!

Dapat jumpa geng BoBoiBoy

Paling best, boleh habiskan masa bersama BoBoiBoy di sana. Ada tayangan istimewa BoBoiBoy the Movie, pertemuan eksklusif bersama BoBoiBoy Galaxy, Aktiviti Mencari Harta Karun, BoBoiBoy Galaxy Card Battle dan banyak lagi.

Banyak permainan mendebarkan, memang gayat!

Selain itu, siapa yang sukakan aktiviti mencabar, boleh la cuba permainan yang buatkan anda terhuyung-hayang seperti Space X-Plorers, Hyperspin, Asteriod Attack dan macam-macam lagi permainan mendebarkan.

Lebih menarik, anak-anak anda boleh ke BoBoiBoy Hero Academy untuk rasai sendiri pengalaman sebagai BoBoiBoy. Memang best!

Asia’s First Stunt Legends

Tak lengkap rasanya jika datang ke MAPS kalau tak menonton persembahan stunt motorsikal dan kereta yang menakjubkan. Bukan senang nak tengok aksi drift kereta sampai berasap tayar. Rasa macam tengok filem Fast & Furious.

Restoran BoBoiBoy & banyak lagi restoran dengan tema menarik

Kalau lapar anda tak perlu risau. Di MAPS, Perak disediakan banyak restoran menarik untuk anda. Ada Tok Aba Kokotiam, The Croods Caveteria, Monkey Business Candy dan banyak lagi. Memang anda akan puas hati dengan menu dan harganya.

Bergambar dengan BoBoiBoy & menangi hadiah menarik!

Sepanjang 8 hari program cuti sekolah tersebut, jangan lupa untuk sertai peraduan best ini! Muat naik gambar terbaik bersama BoBoiBoy di Instagram, dan sertakan hashtag #boboiboyMAPS atau #boboiboyholiday.

Gambar dengan kepsyen yang kreatif dan menarik akan memenangi hadiah menarik dari MAPS.

1x Pemenang Hadiah Utama:
– 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak Tiket Masuk MAPS
Penginapan 2D1N di Casuarina @ Meru â€" Family Suite
 – MAPS Goodie Beg beserta 2 set alat tulis BoBoiBoy
 – Exclusive Meet & Greet Session bersama BoBoiBoy Galaxy di MAPS

4x Pemenang Hadiah Istimewa :
 4 Pemenang akan dipilih
 Setiap pemenang menenangi 2 tiket masuk MAPS
 MAPS Goodie Beg beserta 2 set alat tulis BoBoiBoy
 1 Set Makan Malam di Labu Sayong Signature Café (Meru) untuk 2 orang

Movie Animation Park Studios kini menawarkan pakej eksklusif sempena cuti sekolah:

1. RM90 (Dewasa) / RM80 (Kanak-kanak) Pakej* (setiap seorang)
– Termasuk RM30 baucer

2. RM70 (Dewasa) / RM60 (Kanak-kanak) Hanya untuk pakej tiket (setiap seorang)

3. 2-hari pas* : RM120 (Dewasa) / RM110 (Kanak-kanak) (setiap seorang)
– Termasuk RM30 baucer

MAPS Perak juga akan menawarkan pas malam yang membolehkan anda untuk mengunjungi taman tema ini bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam pada 19 Mac 2018 sehingga 23 Mac 2018 pada harga RM35 sahaja.

*Tertakluk Pada Terma dan Syarat
*Sah pada 17 â€" 25 Mac 2018 sahaja

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang MAPS atau ke laman Facebook Movie Animation Park Studios