19 mayat perlu dipindahkan
KUALA LUMPUR - 19 mayat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bakal dipindahkan susulan kebakaran stor berkenaan hari ini.
Sumber IPFN memberitahu kini usaha menghidupkan semula bekalan elektrik sedang giat dijalankan.
Menurutnya, kesemua mayat berkenaan perlu dipindahkan dalam tempoh 24 jam.
"Untuk sejam dua ini masih boleh disimpan di sini, tetapi kita dah mula dapatkan kekosongan bilik-bilik mayat di hospital lain yang berdekatan untuk persediaan pemindahan.
"Semua kes polis dan sebagainya telah dialihkan ke hospital lain disebabkan kejadian ini,"katanya.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman, mengesahkan persediaan pemindahan mayat-mayat berkenaan.
"Semua bekalan elektrik ditutup mengelakkan kebakaran merebak. Mayat mungkin dipindahkan kerana ia perlu disejukkan,"katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment