Anak peniaga pasar malam terima Anugerah Khas Pengarah
PASIR GUDANG - Kepayahan ibu bapa memerah keringat mencari rezeki dengan berniaga makanan di pasar malam telah memangkin semangat kepada Mohd Jeffry Zainuddin untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Mohd Jeffry, 29, juga bertekad mahu menggembirakan hati kedua ibu bapanya apabila muncul sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah sempena Konvokesyen Kali Ke-23 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini, hari ini.
Anugerah berkenaan dimenangi graduan sarjana muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa hasil kecemerlangan akademik serta pembabitan aktifnya dalam kokurikulum.
âIbu dan arwah ayah hanya berniaga makanan di pasar malam.
Saya agak terkilan dan sedih sebenarnya kerana arwah ayah tidak sempat bersama meraikan hari bersejarah saya ini.
âArwah ayah, Zainuddin Sarkawi, 56, pergi menghadap Ilahi pada Ogos tahun lalu ketika saya selesai menyiapkan tesis untuk projek tahun akhir akibat semput.
Sejak saya belajar lagi, arwah selalu sakit,â katanya.
Ujar anak bongsu daripada dua beradik itu, sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah ayahnya kerap berpesan supaya dia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
âBerikutan itu, saya kini mengikuti pengajian sarjana bagi program pendidikan teknik dan vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengejar cita-cita sebagai pensyarah.
âTiada cara lain bagi membalas jasa mereka, jadi saya ingin menghadiahkan anugerah ini kepada arwah dan ibu, Ratnawilis Sulaiman, 49, yang telah bersusah payah mendidik saya dan kakak hingga kami berjaya ke menara gading,â katanya.
Mohd Jeffry berjaya meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.21 memberitahu, pengurusan masa adalah penting dan rahsia kepada kejayaannya.
âSelepas saya tamat diploma pengurusan pelancongan di PIS, saya kemudiannya mengambil lesen sebagai pemandu pelancong dan bekerja dalam bidang itu selama tiga tahun sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan pekerjaan tersebut masih diteruskan, tetapi secara separuh masa.
âTujuannya saya mahu membantu mencari belanja untuk menampung pengajian kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan arwah ayah selain menambah pengalaman.
âTidak dinafikan sedikit penat untuk membahagi masa.
Namun, pengurusan masa adalah amat penting.
Saya hanya buat kerja separuh masa ketika cuti semester dan tumpukan pada pelajaran ketika di kelas,â katanya.
Beliau turut menggalas jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PIS bagi sesi 2013/2014 dan Naib Presiden MPP Politeknik Kebangsaan bagi sesi sama.
âPada masa sama, saya juga aktif menjadi sukarelawan dan menjadi Penolong Pegawai Penjaga Ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Pontian hingga kini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment