Waspada semangat pahlawan ala Genghis Khan

Tuesday, March 20, 2018

Waspada semangat pahlawan ala Genghis Khan

Waspada semangat pahlawan ala Genghis Khan

"MONGOLIA walaupun dari segi teknik bola sepak mereka kurang, tetapi semangat juang mereka tinggi".

Itu amaran yang dilaungkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang perlawanan persahabatan pertama skuad kendaliannya dengan Mongolia esok.

Cheng Hoe berkata, memandangkan ini pertemuan pertama kedua-dua pasukan, anak buahnya tidak boleh mengambil mudah cabaran dari negara yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan Genghis Khan yang mewujudkan Empayar Mongol dan pernah menakluk Eropah.

"Kita memang tak banyak pengetahuan tentang bola sepak dari Mongolia, tetapi kita tahu bahawa mereka sedang dalam usaha membangunkan bola sepak untuk tempoh 10 tahun akan datang.

"Mereka juga telah melantik jurulatih bola sepak terkenal dan telah melakukan latihan selama dua minggu di China sebelum ini, jadi saya melihat mereka begitu serius untuk terus maju dalam sukan ini.

"Saya berharap pemain-pemain tidak mengambil mudah cabaran mereka dan sentiasa ingat bahawa pemain Mongolia mempunyai semangat pahlawan ala Genghis Khan yang pernah berusaha menakluk Eropah," katanya di sidang media pra-perlawanan yang berlangsung di Wisma FAM sebentar tadi.

Mengulas lanjut pertemuan malam esok, Cheng Hoe berkata, memandangkan ini kali pertama beliau mengendalikan skuad kebangsaan sebagai ketua jurulatih, beliau tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada pemain.

"Saya tidak mahu memberi tekanan yang besar kepada pemain, tetapi saya menuntut mereka supaya fokus untuk beri 100 peratus dan bermain sebagai satu pasukan dalam perlawanan ini.

"Saya juga berharap pemain dapat jadikan pertemuan ini sebagai satu cabaran supaya kita dapat mencapai keputusan positif buat pertama kalinya selepas 10 perlawanan tanpa kemenangan dalam perlawanan terdahulu," katanya lagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment