Wanita berusia 55 tahun disamun, dirogol

Saturday, March 17, 2018

Wanita berusia 55 tahun disamun, dirogol

Wanita berusia 55 tahun disamun, dirogol

PERMAISURI: Seorang wanita berusia 55 tahun bukan sahaja disamun, malah dirogol lelaki dikenali dalam kejadian di rumahnya di sini, awal pagi semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa turut mengalami luka di kepala dan lebam pada pergelangan tangan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata mangsa ke Kuala Terengganu sebelum itu dan masuk ke dalam bilik apabila tiba di rumahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa dikatakan terkejut apabila mendapati suspek berada di dalam bilik sebelum lelaki itu menutup mulut dan menolaknya ke lantai.

"Suspek didakwa mengikat tangan dan menutup mulut mangsa lalu merogolnya.

"Selain itu, suspek menyelongkar rumah bagi mendapatkan barangan berharga sebelum melarikan diri bersama dua telefon bimbit mangsa," katanya.

Zulkifli berkata, anak mangsa berusia 32 tahun yang tiba kira-kira sejam kemudian, terkejut melihat keadaan ibunya terbaring lemah dan rumah berselerak.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa anaknya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.

Susulan itu, katanya, polis menahan suspek berusia 34 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah, Kelantan, kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam.

"Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai buruh hampir tujuh tahun di daerah ini, dan memang mengenali mangsa kerana tinggal di kampung sama.

"Suspek yang positif dadah jenis methamphetamine kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Seksyen 392 KK kerana menyamun," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment