Pemancing cedera kelong runtuh
PORT DICKSON - Seorang pemancing wanita cedera parah di jari tangan kirinya selepas berlaku sedikit runtuhan di kelong tempat dia memancing di Kuala Lukut sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Pemilik kelong yang dikenali sebagai Mahmod berkata, runtuhan berlaku di salah satu bilik kelong.
Menurutnya, ia tidak runtuh keseluruhan, namun runtuhan itu menyebabkan struktur bilik senget.
âMangsa terus di bawa ke jeti dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,â katanya.
Mahmod berkata, mangsa yang datang dari Klang kemudian meminta untuk dipindahkan ke hospital di Shah Alam dan difahamkan dia perlu menjalani pembedahan pada jari yang cedera itu.
âDalam masa yang sama kelong ini juga akan dihentikan operasi buat sementara waktu bagi tujuan selenggara dan baik pulih kawasan yang rosak,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment