Vienna bandar raya terbaik dunia
VIENNA - AUSTRIA. Vienna sekali lagi mempertahankan kedudukan sebagai bandar raya yang menawarkan kualiti kehidupan terbaik di dunia, menurut tinjauan tahunan dilakukan firma perunding Mercer.
Tinjauan Mercer ke atas 231 bandar raya termasuk dari segi kestabilan politik, penjagaan kesihatan, pendidikan, jenayah, rekreasi dan pengangkutan.
Dengan 1.8 juta penduduk, Vienna mendahului tinjauan untuk sembilan tahun berturut-turut, memaparkan keindahan budaya, penjagaan kesihatan menyeluruh dan kos perumahan sederhana.
Ia diikuti dengan Zurich, kemudian Auckland dan Munich yang berkongsi di tempat ketiga.
Vancouver di tangga kelima, menawarkan kualiti kehidupan terbaik di Amerika Utara.
Eropah mempunyai lapan daripada 10 bandar raya terbaik dunia: Jerman dan Switzerland mempunyai tiga bandar raya setiap satu dalam senarai 10, manakala New Zealand, Kanada dan Australia, masing-masing memiliki satu.- Reuters
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment