Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon yang akan bertanding untuk semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dipilih daripada bahagian masing-masing sahaja.
Justeru, katanya, tiada lagi soal âcah ketingâ yang sering menghantui parti itu dan Bariasan Nasional (BN) di negeri ini setiap kali menjelang pilihan raya umum.
âSekarang (cah keting) tidak timbul banyak sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kebetulan ketua-ketua bahagian adalah rakan-rakan peribadi saya ketika mereka belum lagi menjadi ketua bahagian.
âDengan ikhlas mereka memberitahu saya bahawa soal titik bengit tidak lagi dilayani walaupun masih ada ngiangan di telinga saya namun saya yakin perkara itu dapat diselesaikan,â katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Bersama Rakyat di Kompleks UMNO Uthmaniyah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
Ketika dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyebut Asyraf sebagai bakala calon BN untuk Parlimen Pasir Puteh.
âInsyaAllah tiada calon daripada luar (bahagian) kecuali Parlimen Pasir Puteh,â katanya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment