Umno anggap manifesto Pas tak masuk akal
KUALA TERENGGANU - Pas 'menciptaâ manifesto yang langsung tidak masuk akal demi menambat hati pengundi supaya memihak kepada mereka.
Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata, setiap manifesto ciptaan mereka pernah gagal diterjemahkan ketika mereka menawan Terengganu suatu masa (1999-2004), khususnya dalam isu memansuhkan cukai pintu kepada rakyat Terengganu.
âRakyat Terengganu usah tertipu lagi dengan janji-janji Pas. Sebelum ini (1999-2004), mereka sudah berjanji untuk hapuskan cukai pintu. Tetapi apa yang berlaku, ia tidak dihapuskan sebaliknya, ia menjadi tertunggak.
âPas bertindak membiarkan sahaja cukai pintu bertimbun-timbun di pejabat tanah dan daerah tanpa menghantarnya kepada penduduk.
"Saya lihat ia hanyalah sebagai janji untuk meraih undi sahaja,â katanya.
Beliau berkata demikian mengulas berhubung dengan pengumuman Pas Terengganu lima lagi manifesto tambahan, menjadikan 20 janji yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat untuk menerajui Terengganu pada PRU14 nanti.
Menurutnya, manakala manifesto yang lain hanya meniru apa kerajaan telah lakukan.
Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa mana-mana enakmen yang diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang didapati bercanggah dengan akta di peringkat parlimen automatik enakmen berkenaan akan gugur.
âIni bermakna mengikut Enakmen peringkat Dun, walaupun Pas memenangi dan memerintah Terengganu mereka sama sekali tidak boleh menghapuskan cukai pintu.
âSebab ia tidak boleh diluluskan di Dun bagi menghapuskan cukai pintu di bawah Akta 131 kerana bercanggah dengan akta di peringkat Parlimen,â katanya kepada Sinar Harian.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment