Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza

Sunday, March 25, 2018

Siti Aafiyah Khalid, nama anak Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR: Siti Aafiyah Khalid.

Itulah nama cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Majlis pengumuman diadakan sempena tujuh hari usia bayi yang mula dipanggil dengan nama Fatimah Az-Zahra itu di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, malam ini.

Pengumuman nama bayi sulung itu disempurnakan oleh Khalid dan Siti sendiri.

Pada majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyampaikan tazkirah sejurus selepas majlis Marhaban, Tahnik dan cukur jambul selamat disempurnakan.





sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment