Tragedi kapal korek: Usaha alih kapal

Wednesday, March 21, 2018

Tragedi kapal korek: Usaha alih kapal

Tragedi kapal korek: Usaha alih kapal

MUAR - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat menjalankan kerja-kerja pengalihan kapal korek pasir yang dilaporkan terbalik sehingga memerangkap 14 mangsa ke persisiran berhampiran.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, usaha itu dilakukan bagi membolehkan kapal terbabit dibawa ke kawasan yang lebih cetek sementara menantikan ketibaan pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa pelbagai kelengkapan menyelamat.

Menurutnya, pada masa sama, kerja-kerja pengalihan dilaksanakan bagi membantu kapal korek pasir yang terbalik itu untuk keluar dari laluan kapal dagang.

"Proses menarik kapal korek itu sedang giat dijalankan menggunakan dua kapal penunda milik syarikat kapal serta persendirian.

"Ia bertujuan mengalihkan kapal terbabit dari laluan kapal perdagangan yang sibuk  selain ke kawasan yang lebih cetek berbanding sebelumnya yang mempunyai kedalaman antara 32 hingga 36 meter,รข€ katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, Maritim Malaysia turut mengunakan peralatan telekomunikasi kapal bagi memaklumkan kapal perdagangan lain agar mengelak menggunakan laluan berhampiran lokasi kejadian.

Pada masa sama, Sanifah turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengkritik pasukan SAR kononnya melengahkan usaha menyelamat, namun sebaliknya mengatakan ketiadaan peralatan khas serta kepakaran untuk menyelamat di kawasan laut dalam menjadi faktor operasi berkenaan mengambil masa.

Tegas beliau, keutamaan menyelamatkan nyawa mangsa tetap menjadi kepentingan walaupun berdepan kesukaran.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment