TPM hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kelantan

Thursday, March 15, 2018

TPM hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kelantan

TPM hadir Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kelantan

BACHOK: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba bagi menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kelantan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada jam 8 pagi sebelum mengunjungi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Saarani Mohamad di kediamannya di Berek 12.

Selepas itu, Ahmad Zahid ke Pantai Irama di sini, bagi menghadiri Majlis Bantuan Sara Hidup Petani dan Nelayan.


AHMAD Zahid bersalaman dengan orang ramai ketika hadir di Majlis Bantuan Sara Hidup Petani dan Nelayan di Pantai Irama. - Foto Fathil Asri

Beliau kemudian akan ke Dewan Uthmaniyah, Pasir Puteh, bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Selepas solat Jumaat, Timbalan Perdana Menteri akan ke acara terakhir, Program Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment