Tidak menyusahkan orang lain: Elyana

Thursday, March 15, 2018

Tidak menyusahkan orang lain: Elyana

Tidak menyusahkan orang lain: Elyana

PENYANYI popular, Elyana menasihati pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agar tidak kecewa sekiranya mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.

Katanya, keputusan yang cemerlang tidak semestinya menjadi penentu kejayaan.

"Kepada adik-adik yang ambil result SPM hari ini, kakak doakan semoga adik-adik dapat keputusan yang cemerlang,dan terus berjaya!!!!!

"Tapi jika ada di antara kalian yang kurang bernasib baik, jangan terlalu kecewa. Tak semestinya keputusan yang cemerlang, akan berjaya dalam hidup.

"Masih panjang lagi perjalanan hidup kita. Jadilah manusia yang baik, rajin berusaha, rendah hati dan sentiasa menyenangkan diri sendiri serta orang lain. Itulah kunci kejayaan," tulisnya di Instagram (IG).

Elyana dan kawan-kawan sekolahnya

Tidak bercakap kosong, pelantun Tak Tercapai Akalmu ni turut berkongsi pengalamannya sendiri.

"Ini gambar kakak 14 tahun yang lepas pada tahun 20O4. Hari terakhir bersekolah, tidak semua di antara kami dapat keputusan yang cemerlang.

"Tetapi, hari ini semua di antara kami menjadi orang yang berjaya. Ada yang berjaya menjadi ibu dan bapa yang terbaik, anak yang terbaik, pekerja yang terbaik. Yang paling penting tidak menyusahkan orang lain," tulisnya lagi.

Tambahnya, adalah penting untuk terus berusaha demi menjamin masa depan.

"Jadi jangan jadikan alasan keputusan SPM untuk kita tentukan seseorang manusia itu berjaya ataupun tidak.

"Teruskan usaha sehingga hayat masih ada! Tahniah sekali lagi," tulisnya sambil beserta #SMKSSAAS



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment